Sinopsis

Apa Dah Jadi Pada Wheely Ni?

Wheely sebuah teksi yang berjiwa pelumba menyimpan hasrat untuk menjadi raja jalanan di Kota Gasket. Semasa bertugas, Wheely terserempak dengan bintang terkenal Itali bernama Bella Di Monetti dan jatuh hati dengan model golongan atasan tersebut yang cantik namun rendah diri.

Sering berlumba di jalanan dan dipandang rendah oleh golongan elitis, Wheely dan sahabat baiknya Putt Putt terpaksa berdepan dengan sindiket jenayah diketuai Kaiser iaitu sebuah treler gergasi yang menculik kenderaan-kenderaan mewah.

Watak

Jom Kenali Mereka

Wheely

Jika ada kereta dilahirkan untuk berlumba, ianya Wheely. Tiga kali juara jalanan di Kota Gasket dan merupakan pelumba termuda yang melayakkan diri bagi kejohanan perlumbaan jalanan antarabangsa. Malangnya, impian untuk memenangi perlumbaan penting tersebut musnah selepas dia terbabas dari jalanraya lalu menjunam ke dalam laut.

Namun rodanya terus berputar dan Wheely terpaksa bekerja sebagai teksi kelas bawahan sambil curi-curi berlumba di jalanraya. Wheely merasakan ini bukanlah kehidupan untuknya bila dia terlanggar Bella di Monetti lalu jatuh hati dengan sesuatu yang lain dari kelajuan!

Putt Putt

Putt Putt sebuah skuter penghantaran hibrid berbangsa Tiong Hwa merupakan sahabat karib Wheely yang kelakar dan sentiasa berasa bertanggungjawab tentang Wheely.

Sebagai penghantar utama bagi kumpulan skuter penghantaran yang dikenali sebagai Merry Motors, Putt Putt arif dengan selok belok segala jalan dan lorong di Kota Gasket. Dia juga mempunyai cara yang pelik dalam menyampaikan ideanya seperti yang boleh didapati dalam biskut nasib (fortune cookie).

Bella

Bella di Monetti, model antarabangsa yang berasal dari latar belakang sederhana dengan kecantikan semula jadi yang menakjubkan sehingga menjadi ikon Kota Gasket. Bella sering ditemani oleh teman lelakinya Ben, sebuah kereta ‘sport’ mewah dengan akses VIP ke tempat-tempat eksklusif di kotaraya, tapi jauh disudut hatinya dia sedar Ben tidak sesuai dengannya. Bila Bella bertembung dengan Wheely, dia terpesona dengan perwatakan Wheely yang pintar dan kelakar.

Kaiser

Kaiser adalah treler gergasi yang bengis, menghabiskan masa hidupnya mengangkut kenderaan mewah dari kota ke kota sambil menjelajah dunia. Tahun ke tahun telah menimbulkan kebencian Kaiser terhadap golongan elitis tersebut dan bernekad untuk membalas dendam terhadap mereka yang tidak menghargai kerja kerasnya… Kini Kaiser mempunyai rancangan untuk mencapai impiannya! Dengan memanipulasikan sistem GPS, dia mempunyai kemampuan membawa apa jua kenderaan masuk ke dalam perangkapnya!

Frank

Frank si pelik mempunyai reputasi sebagai dukun yang penuh misteri. Frank sendiri adalah seperti zombi gabungan pelbagai jenis kereta dan trak yang berperangai muram seperti penggali kubur.

Sarjan Street

Sarjan Street adalah polis lebuhraya yang sudah bertugas lebih dari tiga puluh tahun di jalanan Kota Gasket. Dengan hanya beberapa hari sebelum persaraannya, dia bertekad mengakhiri kerjayanya dengan cemerlang demi memastikan keselamatan Kota Gasket.

Mama

Ibu Wheely yang vokal, sangat bertenaga dan sentiasa positif dalam apa jua situasi yang melanda. Sayangnya terhadap Wheely adalah tidak terhingga dan sentiasa berharap Wheely akan berumahtangga dengan gadis yang baik. Mama menguruskan sebuah kafe petrol di pinggir Kota Gasket, yang dahulu menjadi persinggahan utama kerana jalan di hadapannya adalah lebuhraya utama.

Ben

Ben, teman lelaki Bella yang kacak, kaya dan dimanjakan oleh bapanya. Dia sentiasa memastikan dirinya digilap sehingga berkilat dengan teknologi terkini dalam penjagaan kereta.

Pelakon

Pelakon Disebalik Suara

NamaWatak
Zizan RazakWheely
JohananiaPutt Putt
Lisa SurihaniBella
Fadhil RawiKaiser
Ahmad Shahrizal Ahmad RoslanFrank
Nadia BahromSergeant Street
Erni YuslianaMomma
Aiman AffendiBen
Ahmad Shahrizal Ahmad RoslanParmo
Muhammad Amir Bin SalamRumble
Nor AzlinAmy
Muhamad LuqmanCrank
Wan ThamilkhaRoyston
Adzlan NasirJoe
Wan ThamilkhaDirector

Video Muzik

Layan Irama Wheely

Takkan Dapat Aku – Dualiti ft Yusry

Lagu tema filem ini adalah “Takkan Dapat Aku” yang dikeluarkan oleh KRU Music, sebuah lagu rancak yang dinyanyikan oleh kumpulan hip-hop Malaysia iaitu Dualiti dengan bintang undangan, Yusry.

KRU

Kru Disebalik Skrin

PerananNama
PengarahCarl Mendez
SkripArchie Nasution
Rizal Busu
Ezrie Gazali
Akmal Nahar
Cerita AsalNorman A. Halim
Penerbit EksekutifNorman A. Halim
Shireen M. Hashim
PenerbitArchie Nasution
Penerbit PenyelarasRazif Kasmar
Pengurus ProduksiLoh Mun Wai
PenyuntingIzuann Jamalle
Penyelia Kesan Khas VisualEzarisyirwan Basri
Pengarah SuaraRizal Busu
Nur Zarina Ahmad Roslan
Penataan MuzikReza Ramsey

Ringkasan Penerbitan

Wheely adalah filem animasi aksi komedi 3D terbitan tahun 2018 yang dihasilkan oleh Kartun Studios, salah sebuah studio animasi yang tersohor di Asia Tenggara dibawah KRU International. Penghasilannya adalah gabungan kolaborasi antarabangsa yang melibatkan pelbagai warganegara dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan India.

Dengan tenaga kerja lebih dari 100 orang, Kartun Studios menghasilkan filem dan kandungan televisyen dalam format animasi 2D dan 3D. “Wheely” adalah filem kedua terbitan Kartun Studios selepas “Ribbit” (Sean Astin, Russell Peters) yang telah ditayangkan di serata dunia.

Penghargaan Khas

Kartun Studios mengucapkan jutaan terima kasih kepada organisasi-organisasi berikut diatas segala sokongan yang telah diberikan sehingga menjadikan penerbitan filem “Wheely” sebuah realiti.

Tarikh Tayangan

Sila Klik Negara Pilihan:

AlbaniaGeorgiaPalestine
AlgeriaGermanyPanama
Alto AdigeGibraltarParaguay
ArgentinaGreecePeru
ArmeniaGuatemalaPhilippines
AustriaHerzegovinaPoland
AzerbaijanHondurasQatar
BahrainHungaryRomania
BelarusIcelandRussia
BelizeIraqSaint Helena
BoliviaIsle of manSaudi Arabia
BosniaJordanScotland
Bosnia-HerzegovinaKazakhstanSerbia
BrazilKoreaSlovakia
BruneiKosovoSlovenia
BulgariaKuwaitSomalia
ChadKyrgyzstanSpain
Channel islandsLatviaSudan
ChileLebanonSuriname
ChinaLibyaSwitzerland
ColombiaLiechtensteinSyria
Costa RicaLithuaniaTajikistan
CroatiaLuxembourgThe Netherlands and Belgium
CyprusMacedoniaTunisia
Czech RepublicMaltaTurkey
DjiboutiMalaysiaTurkmenistan
EcuadorMauritaniaUkraine
EgyptMexicoUnited Arab Emirates
El SalvadorMoldaviaUruguay
EnglandMontenegroUzbekistan
EritreaMoroccoVenezuela
EstoniaNicaraguaVietnam
EthiopiaNorther CyprusWales
Former YugoslaviaNorthern IslandYemen
French GuianaOman
Pihak kami sedang menunggu tarikh tayangan rasmi dari pengedar-pengedar di negara yang tidak berwarna oren. Tunggu yer!

Berita

Dapatkan berita terkini tentang Wheely dan langgani saluran media sosial dan "e-newsletter" kami:

[]
1 Step 1
Nameyour full name
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right